Friday, June 18, 2010

Video Tutorial: Cloth Diapering

Cloth Diapers pada masa kini terdapat dalam pelbagai jenis, apatah lagi corak. Ia juga didatangkan dalam pelbagai jenama, semada jenama antarabangsa mahupun generik tempatan. Dari segi kualiti, setiap jenis dan jenama mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing namun dari segi matlamat penggunaannya adalah sama, iaitu untuk penjimatan jangkamasa panjang, mesra alam dan sihat untuk bayi.

Video yang akan anda saksikan ini berdurasi hampir 7 minit ini adalah dalam dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk “What Do I Need to Cloth Diaper”. Kualitinya video agak baik dan mudah untuk difahami. Anda akan mengetahui secara am mengenai:
  • Apa yang diperlukan untuk Cloth Diapering? – Prefold, Diaper Cover & Snappi/pin!
  • Jenis-jenis Prefold - Bleached & Unbleached
  • Penggunaan Diaper Pail
  • Penggunaan Cloth Wipes – Tidak perlu menggunakan disposable baby wipes!
  • Jenama-jenama Diaper Covers yang pelbagai
  • Penggunaan Snappi – Tidak perlu menggunakan pin untuk menyematkan Cloth Diapers!
  • Penggunaan Inserts untuk Cloth Diaper waktu malam
  • Apa itu Fitted Diaper?




Mari bertukar menggunakan lampin pakai buang kepada yang lebih baik untuk alam sekitar dan masa depan anak kita ..... dan yang paling penting, anda mampu berjimat!

No comments:

Post a Comment