- Sebelum menggunakan lampin kain buat pertama kali, diaper dan insert perlu dibasuh beberapa kali (minimum - 4 kali) tanpa sabun untuk memastikan kebersihannya dan meningkatkan daya serap inserts. Ianya boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.
- Setelah kering, masukkan inserts ke dalam bahagian pocket diaper dengan kemas. Jumlah penggunaan insert bergantung kepada keperluan anak masing-masing. Pastikan insert tersebut diratakan dengan baik.
- Sekiranya bayi poo poo, buang najis ke dalam lubang/mangkuk tandas dan basuh diaper serta insert menggunakan air untuk membuang kesan najis. Bilas kedua-duanya, perah dan masukkan ke dalam baldi kering (dry pail).
- Sekiranya bayi kencing, bilas untuk mebuang air kencing, perah dan masukkan ke dalam baldi kering.
- Apabila diaper di dalam baldi kering telah mencapai jumlah yang diperlukan untuk basuhan (terpulang kepada masing-masing), masukkan ke dalam mesin basuh dan basuh seperti biasa.
- Pastikan sabun yang digunakan tidak mengandungi pelembut ataupun ejen pemutih. Penggunaan sabun mandi juga adalah amat tidak digalakkan.
- Selepas dibasuh, diaper dan inserts boleh dijemur di dalam rumah (paling baik di ruang khas yang tidak terbuka) atau di luar rumah (di bawah matahari). Diaper akan megambil masa dalam setengah hari untuk kering manakala inserts akan mengambil masa labih lama, lebih kurang seharian untuk betul-betul kering.
Thursday, July 22, 2010
Penjagaan CD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment