Wednesday, July 7, 2010

Cara Menjaga 'Cloth Diapers' Anak Anda

  1. Tidak perlu dan tidak boleh di bilas menggunakan pelembut atau 'softener'. Ia boleh membuatkan insert/cd tersebut kurang daya penyerapan.
  2. Tidak boleh menggunakan seterika pada cd anda.
  3. Sekiranya cd terkena najis, bilas kotoran dalam mangkuk tandas. Keluarkan 'insert' dan kemudian cucilah seperti biasa.
  4. Bagi menjamin cd anda tahan lebih lama, masukkan dan basuhkan cd  menggunakan 'laundry bag' sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin basuh.
  5. Seandainya terdapat kotoran degil pada 'insert', cuba petua menggunakan asam limau atau cuka untuk menghilangkan kotoran tersebut. AWAS! Jangan menggunakn Clorox atau peluntur. Bilas dengan air bersih secukupnya.
  6. Selepas di gunakan beberapa bulan dan merasai ia kurang penyerapan, perlulah melakukan 'strip diaper' iaitu satu kaedah untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yang terbentuk akibat mendapan sabun pencuci (residue) yang meleka.

CARA MENSTRIPE

  1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air.
  2. Rendamkan 'insert' dan lampin selama 10-15 minit.
  3. Bilas dan keringkan. Hasilnya, anda akan mendapati lampin cd dan 'insert' akan lebih ringan.