About US

HNH Biz Enterprise merupakan nama perniagaan bagi pasangan hasrulhassan dan lindazainal. Kami sekeluarga menetap di Nibong Tebal, Penang - bersebelahan dan bersempadan dengan Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah. Kami adalah keluarga sederhana dengan menjadikan perniagaan sebagai satu pendapatan sampingan. Kami seronok dan suka dengan apa yang kami lakukan. Kami membeli dan kami kongsikan kepada orang lain. Kami lebih dahulu menjadi pengguna kepada produk yang kami sendiri jual, agar kami mahu, anda akan berpuas hati sepertimana kami berpuas hati.

Saya, hasrul berasal dari Perak begitu juga isteri saya, linda juga orang Perak. Saya menceburi bidang niaga siber ini agak lama, bermula dengan niaga ntah apa-apa kepada MLM, kemudian terjebak dengan skim duk diam dapat duit, kemudian jual-lelong-jual-beli dan macam-macam lagi. Ada juga yang berjaya, seperti perniagaan prepaid sms yang sudah hampir 5 tahun saya ceburi. Untung tidak seberapa, tetapi ia memudahkan saya dan orang terdekat saya untuk topup prepaid bila-bila masa, hanya di hadapan tv.

Kami mempunyai 3 orang anak - dua lelaki dan sorang perempuan. Anak sulong kami, Amri berumur 6 tahun (pada masa blog ini ditulis), Zikri 2 tahun dan Humaira 4 bulan. Kami seronok dengan anak-anak kami, malah dengan perniagaan seperti ini, kami harap di masa akan datang, lebih masa untuk anak-anak kami. Kami percaya, perniagaan mampu memberikan kepuasan dan kelebihan kepada kehidupan kami kelak. Ia satu jalan mencari kekayaan yang telah pun termaktub dalam sunnah. Walaupun bukan kaya yang kami cari, tetapi dengan kekayaan, anda akan ada lebih masa buat keluarga, menikmati hidup dengan lebih baik, berbakti pada yang memerlukan tanpa rasa was-was dan menjalankan ibadah dengan lebih baik.

Jika anda suka kami dan cara kami, sokonglah kami dan perniagaan kami. Saya harap anda berpuas hati dengan apa yang kami berikan dan tawarkan. Seandainya anda berasa tidak seronok dengan kami, tinggalkan kami dan maafkan kami.

Terima kasih.

Untuk sebarang pertanyaan sila email ke HNH.Biz.Enterprise@gmail.com